Jawatan
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Klasifikasi
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan
Pelaksana
Taraf Lantikan Kontrak
Jadual Gaji Matriks

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00
Syarat Lantikan
 
1.

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 
a.
warganegara Malaysia;
 
b.
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
c.

memiliki kelayakan

 
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00); atau

 

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00); atau

 

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2.
Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.