Jawatan Kosong | Daftar Akaun | Bantuan  
 
 
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
 
 
 Bil  Jawatan
Kekosongan
Taraf
 1  PEMANDU KENDERAAN GRED H11
1
KONTRAK/TETAP
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.
 
Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my.
 
2.
 
Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
 
3.
 
Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
 
4.
 
Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
 
5.
 
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
 
6.
 
Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga. .
 
7.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3678/3689/3680/3681. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.
 
8.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 April 2019 (Isnin) jam 4.30 petang.
 
 
CATATAN AM
1.
  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.  
2.
 
Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.
 
3.
 
Sekiranya di antara maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.
 
4.
 
Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.
 
5.
 
Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.
 
       

 

Daftar Masuk
No Kad Pengenalan
Kata Laluan
 
Lupa Kata Laluan?