Maklumat

Nama :

COPPA 2nd EDITION (2017) ROADSHOW (EASTERN ZONE)

Penerangan :
Dalam usaha untuk menambahbaik penilaian jaminan kualiti program pengajian, Mesyuarat Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bil 7/2016 pada 14 November 2016 telah meluluskan Standard Akreditasi Program dan Bidang Penilaian Jaminan Kualiti dalam COPPA, Edisi Kedua. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua PPT bersedia ke arah pematuhan COPPA edisi kedua ini, satu Roadshow COPPA edisi kedua (2017) akan diadakan bertujuan memaklumkan PPT mengenai perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan terhadap COPPA yang merangkumi:

* Penstrukturan semula 9 bidang kepada 7 bidang penilaian Jaminan Kualiti
* Penambahbaikan standard akreditasi program
* Perbezaan fokus penilaian antara akreditasi sementara, akreditasi dan audit pematuhan
* Penggunaan borang permohonan untuk akreditasi sementara, akreditasi dan audit pematuhan
* Instrumen penilaian akreditasi sementara dan akreditasi penuh

Selain daripada itu, beberapa perkara/perkembangan baharu berkaitan penilaian Jaminan Kualiti juga akan turut disampaikan. Semua PPT dijemput menghadiri Roadshow COPPA sedisi kedua (2017) ini.

Tempat : Hotel Sekitar Terengganu(akan dimaklumkan kelak)
Tarikh : 17 Mei 2017
Hari : Rabu
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Kumpulan Sasaran : Ahli-ahli akademik, Pentadbir-pentadbir PPT seperti Dekan, Ketua Bidang, Pendaftar, Pegawai IQA
Industri Sasaran : Pendidikan Tinggi
Yuran : RM 100.00
Tarikh Tutup Pendaftaran : 16 April 2017
Tarikh Tutup Pembayaran : 28 April 2017
Penceramah : Prof. Dr. Hazman Shah Bin Abdullah (MQA)
En. Zamrin Bin Salim (MQA)


No Document Download
1. Agenda Program
2. Borang Penyertaan (CLOSED)