Quality Assurance Documents

PROSES PEMBANGUNAN DOKUMEN JAMINAN KUALITI

Tempoh masa pembangunan dokumen jaminan kualiti adalah sekitar 12 bulan bermula tarikh penerimaan tugasan sehingga muat naik dokumen di laman web MQA. Peringkat-peringkat penting dalam proses pembangunan dokumen jaminan kualiti diilustrasikan dalam Rajah.

* Terpakai hanya untuk pembangunan standard program

Nota:

Standard program dibangunkan atas permintaan daripada Agensi Kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, Ahli Panel Penilai MQA dan pegawai MQA. Permintaan daripada pegawai MQA adalah berdasarkan bilangan permohonan akreditasi yang diterima untuk bidang-bidang tertentu.