Quality Assurance Documents

JENIS-JENIS DOKUMEN JAMINAN KUALITI

Salah satu daripada fungsi MQA ialah mengakredit program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi (PPT) [Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007, (Akta 679)].

Selaras dengan ini, MQA terus membangun dan mengkaji dokumen jaminan kualiti iaitu Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA), Kod Amalan Audit Institusi (COPIA), garis panduan amalan baik (GGP), standard program (SP) dan standard.

Antara lain, pembangunan dokumen melibatkan input daripada pakar bidang dan pihak berkepentingan MQA selain tanda aras kepada amalan baik antarabangsa.

Kerangka Kelayakan Malaysia

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) merupakan instrumen yang mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa. MQF menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar.

Kod Amalan

Kod amalan merupakan panduan kepada semua pihak berkepentingan tentang sembilan bidang penilaian bagi tujuan jaminan kualiti.

Standard Program

Kriteria yang ditentukan berdasarkan tahap minimum yang perlu dicapai oleh PPT untuk memastikan program akademik sesuatu bidang itu boleh disampaikan secara berkesan. Standard Program merangkumi kesemua tahap kelayakan MQF; dari sijil hingga ijazah kedoktoran.

Standard

Dokumen standard menetapkan garis panduan umum berkenaan sesuatu tahap kelayakan berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Garis Panduan Amalan Baik

Dokumen ini adalah sebahagian daripada siri garis panduan yang dibangunkan untuk membantu PPT melaksanakan amalan dan standard yang terkandung dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA).