New Page 1

:: E-Semakan Permohonan ::
   
Dasar Privasi 
   
    

Dasar Privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia di www.mqa.gov.my.

Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.mqa.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Pengajian Tinggi yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pautan

Walaupun www.mqa.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Cookies

Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www.mqa.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui akreditasi[at]mqa.gov.my atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.

 

 
 
 

 Laman Utama | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hubungi Kami

  Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 piksel.
  Agensi Kelayakan Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©