Header
 

English Version     

Pengiktirafan
Nilai taraf Perkhidmatan Awam
  1. Tujuan:
    • Mulai 1 Januari 2017, program yang mendapat akreditasi penuh MQA akan disyorkan nilai taraf Perkhidmatan Awam berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam Skim-skim Perkhidmatan Awam.
    • Pernyataan nilai taraf ini boleh digunakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi tujuan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam.
    • Pernyataan berhubung nilai taraf Perkhidmatan Awam ini boleh didapati dengan menyemak maklumat program yang berkaitan.

  2. Kategori Nilai Taraf Perkhidmatan Awam:
    1. Setakat ini, syarat lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam menggunakan kelayakan berikut:
      • Peringkat Sijil
      • Peringkat Diploma
      • Peringkat Diploma Lanjutan
      • Peringkat Ijazah Sarjana Muda
      *Bagi program-program tersebut, pernyataan nilai taraf Perkhidmatan Awam akan dinyatakan.

    2. Kelayakan berikut bukan merupakan syarat lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam dan TIADA KEPERLUAN untuk diberi nilai taraf:
      • Peringkat Program Asas
      • Peringkat Sijil/ Diploma Siswazah
      • Peringkat Sijil/ Diploma Pascasiswazah
      • Peringkat Ijazah Sarjana
      • Peringkat Ijazah Kedoktoran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengiktirafan kelayakan, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:
Telefon : +03-79687062 / +03-79685404
E-mel : syaikhah@mqa.gov.my / azliana@mqa.gov.my
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
daripada laman web ini.
  

?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan Malaysia, MQA -