Dasar Privasi (only available in Bahasa Melayu version)

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung Sistem Pengurusan Pertanyaan & Aduan MQA melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) di www.mqa.gov.my .

 

* Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

* Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari Sistem Pengurusan Pertanyaan & Aduan MQA kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 

* Cookies

Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

 

* Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

 

* Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.