LAMAN UTAMA|ENGLISH

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, MQA mengutamakan perbincangan dan perundingan secara dalam talian atau maya bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan bersama. Urusan yang melibatkan pertemuan secara bersemuka adalah dihadkan.

Sehubungan dengan itu, permohonan janji temu hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.

(i) Permohonan janji temu hendaklah dibuat melalui pautan https://www.picktime.com/AgensiKelayakanMalaysiaMQA
   
(ii) Permohonan janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh cadangan pertemuan.
   
(iii) MQA akan menyaring permohonan janji temu mengikut keperluan. Hanya dua (2) orang pelawat sahaja dibenarkan hadir bagi setiap janji temu.
   
(iv) Setiap pertemuan dihadkan maksimum selama sejam tertakluk kepada perkara yang perlu dibincangkan. Pelawat juga perlu mematuhi garis panduan dan langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh MQA.
   

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

 

Urusan Penghantaran Dokumen Secara Serahan Tangan

Penghatanran

SELASA DAN KHAMIS
PERMOHONAN JANJI TEMU SAHAJA
 
Permohonan janji temu hendaklah dibuat melalui pautan
https://www.picktime.com/AgensiKelayakanMalaysiaMQA
 

Penghantaran dokumen secara serahan tangan:

  1. Caj APEL berbentuk Banker's Cheque / Banker's Draft
    1. Caj Permohonan Sijil (Tahap 3)
    2. Caj Permohonan Diploma (Tahap 4)
    3. Caj Permohonan Ijazah Sarjana (Tahap 7) - Bidang Penilaian MQA
    4. Caj Ulangan Ujian Aptitude
    5. Caj Ulangan Sesi Penilaian Portfolio dan Temu duga - Bidang Penilaian MQA

  2. 2 salinan APEL Portfolio
    1. Permohonan Sijil (Tahap 3)
    2. Permohonan Diploma (Tahap 4)
    3. Permohonan Ijazah Sarjana (Tahap 7) - Bidang Penilaian MQA
    4. Ulangan Sesi Penilaian Portfolio dan Temu duga - Bidang Penilaian MQA

  3. Dokumen Rayuan Calon yang TIDAK DITERIMA diperingkat Saringan Pusat Penilaian APEL (PPA)
    1. Permohonan Sijil (Tahap 3)
    2. Permohonan Diploma (Tahap 4)
    3. Permohonan Ijazah Sarjana (Tahap 7) - Bidang Penilaian MQA
    4. Ulangan Sesi Penilaian Portfolio dan Temu duga - Bidang Penilaian MQA

 NOTA:

  1. Salinan dokumen hendaklah DISAHKAN* oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah.

    * Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

HANYA permohonan lengkap SAHAJA yang akan diproses oleh MQA

Urusan Pengambilan Sijil APEL

Untitled Document

WAKTU OPERASI

KHAMIS
PERMOHONAN JANJI TEMU SAHAJA
 
Permohonan janji temu hendaklah dibuat melalui pautan
https://www.picktime.com/AgensiKelayakanMalaysiaMQA
 
Hubungi 03-8688 1939 atau e-mel abdulkarim@mqa.gov.my Bagi mengesahkan ketersediaan sijil APEL tuan/puan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan janji temu bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul
 

Urusan Pengambilan Sijil APEL - Kebenaran Wakil

Untitled Document

Calon yang tidak dapat hadir untuk membuat pengambilan Sijil APEL boleh memberi kebenaran kepada wakil untuk membuat pengambilan Sijil APEL dengan melengkapkan Kebenaran kepada Wakil untuk Pengambilan Sijil APEL beserta dokumen berkaitan.

 Surat Kebenaran kepada wakil untuk pengambilan Sijil APEL

NOTA:

Seorang wakil hanya dibenarkan untuk membuat pengambilan Sijil APEL bagi 2 calon SAHAJA.

Urusan Pengambilan Sijil APEL - Secara POS

Untitled Document

Bermula 1 Januari 2019, MQA akan mengenakan bayaran sebanyak RM15.00 bagi caj penghantaran Sijil APEL melalui pos.

Sila mengemukakan bayaran dalam bentuk Banker’s Cheque/ Banker's Draft atas nama AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Sila catatkan nama, no. MyKad dan alamat di belakang Banker’s Cheque/ Banker's Draft tersebut.

Alamatkan kepada:

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Mercu MQA, No. 3539
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
63000 Cyberjaya
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p.: Encik Ambok Massek @ Abdul Karim bin Daeng Taleba)

Makluman Takwim Mesyuarat Saringan

Untitled Document

TAKWIM MESYUARAT SARINGAN APEL (A)
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIA QUALIFICATION AGENCY, MQA)
 

BIL. MESYUARAT TARIKH MESYUARAT
(tentative)
TARIKH TUTUP PENERIMAAN DOKUMEN
CATATAN
Bil. 1/2020 29 Januari 2020
(Rabu)
24 Januari 2020 (Jumaat),
jam 4.00 petang
Mesyuarat bersidang pada 29 Jan 2020
Bil. 2/2020 25 Mac 2020
(Rabu)
20 Mac 2020 (Jumaat),
jam 4.00 petang
Mesyuarat bersidang pada 2 April 2020
Bil. 3/2020 17 Julai 2020
(Jumaat)
13 Julai 2020 (Isnin),
jam 4.00 petang
Mesyuarat bersidang pada 17 Julai 2020
Bil. 4/2020 30 September 2020
(Rabu)
25 September 2020 (Jumaat),
jam 4.00 petang
 
Bil. 5/2020 25 November 2020
(Rabu)
20 November 2020 (Jumaat),
jam 4.00 petang
 

MAKLUMAN:
 
Mesyuarat Saringan APEL (A) adalah untuk urusan saringan bagi:
     
1.   Permohonan Penilaian APEL peringkat Ijazah Sarjana (Tahap 7) - bidang pengajian MQA.
     - Link Senarai Semak Pemohon T7 MQA.
     
2.   Rayuan calon APEL yang tidak melepasi saringan Pusat Penilaian APEL WOU/OUM/UUM/UTM/UiTM bagi peringkat Ijazah Sarjana (Tahap 7).
     
     - Bermula 01 Ogos 2019, Permohonan Rayuan akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM100.00 kepada calon. Sila rujuk Pekeliling MQA Bil 8/2019.
     
     - Caj perkhidmatan sebanyak RM100.00 perlu dibayar dalam bentuk banker’s draft atas nama AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA. Nama, No MyKad dan catatan Rayuan APEL Calon PPA (Tahap 7) APEL perlu ditulis di belakang banker’s draft tersebut.
     
     - Link Senarai Semak Rayuan Calon PPA.
     
Kemukakan dokumen ke alamat:
     
    Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Mercu MQA, No. 3539
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Noor Farah Dalina Zainuddin - APEL)
     
   

Penafian:

    1. Pembayaran caj perkhidmatan sebanyak RM100.00 yang dibuat TIDAK akan dikembalikan.
     
    2. HANYA permohonan yang lengkap beserta dengan bayaran dan salinan dokumen yang telah disahkan (certified true copy) akan diproses oleh MQA.
     
    3. Permohonan rayuan kepada MQA adalah secara sukarela dengan pengetahuan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau keadaan.
     
    4. Sebarang keputusan Jawatan kuasa mesyuarat adalah tertakluk kepada kelayakan program yang memenuhi kriteria Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi serta mempunyai kelulusan pihak yang berautoriti terdahulu.
     
    5. Keputusan rayuan adalah muktamad dan sebarang rayuan semula tidak akan dilayan.