Jawatan

JURUAUDIT GRED W41

Klasifikasi Perkhidmatan

Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan

Pengurusan dan Profesional

Taraf Lantikan

Kontrak/Tetap

Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM2,094.00 RM9,585.00 RM225.00
1. Syarat Lantikan

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Memiliki kelayakan seperti berikut:
  i. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM2,300.73); atau

     
  ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM2,819.63); atau

     
  iii. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM2,819.63); atau

     
  iv. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM2,923.41); atau

     
  v. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19).

     
(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai  kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau
   
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
   
(c) had umur pelantikan:
  i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
     
  ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
     
  iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
3.
Skop / Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.