Jawatan
PEGAWAI TADBIR GRED N41
Klasifikasi Perkhidmatan

Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan dan Profesional
Taraf Lantikan

Kontrak/Tetap

Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00
1. Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
(a) Memiliki kelayakan seperti berikut:
  i. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,080.00); atau

     
  ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,283.43).

     
(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah, atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) i. mempunyai  kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau
     
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
   
(b) had umur pelantikan:
  i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
     
  ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
     
  iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
3. Skop / Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi melibatkan fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat berkaitan.