Jawatan

PEMBANTU OPERASI GRED N11

Klasifikasi Perkhidmatan

Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan

Pelaksana

Taraf Lantikan

Kontrak/Tetap

Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,216.00 RM2,983.00 RM80.00
1. Syarat Lantikan

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Memiliki kelayakan seperti berikut:
  i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(gaji permulaan : RM 1,216.00); atau

     
  ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

(gaji permulaan : RM 1,262.15)

     
(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19, Pembantu Kemahiran Gred H19, Operator Wayarles Gred N19, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 atau Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Pembantu Operasi yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19, Pembantu Kemahiran Gred H19, Operator Wayarles Gred N19, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 atau Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

3. Skop / Deskripsi Tugas:
(a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
     
(b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
   
(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.