Jawatan
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
Klasifikasi Perkhidmatan

Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan

Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Taraf Lantikan

Kontrak/Tetap

Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00
1. Syarat Lantikan

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Memiliki kelayakan seperti berikut:
  i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(gaji permulaan : RM 1,352.00); atau

     
  ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan : RM 1,408.40); atau

     
  iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan : RM 1,464.80)

     
(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Pembantu Setiausaha Pejabat yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41

Setiausaha Pejabat yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

3. Skop / Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.