Jawatan
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
Klasifikasi Perkhidmatan
Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan
Pelaksana
Taraf Lantikan

Kontrak/Tetap

Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,549.00 RM5,684.00 RM145.00
1. Syarat Lantikan

Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Memiliki kelayakan seperti berikut:
  i. sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred FA29:RM1,549.00); atau

     
  ii. sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred FA29:RM1,549.00); atau

     
  iii. diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred FA29:RM1,855.00); atau

     
  iv. diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(gaji permulaan ialah pada Gred FA29:RM1,929.89).

     
(b) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai  kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau
   
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
   
(c) had umur pelantikan:
  i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
     
  ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
     
  iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
3. Skop / Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.