DASAR UMUM APEL.C
Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang ingin melaksanakan APEL.C perlu mematuhi dasar APEL.C seperti berikut:
- APEL.C boleh diguna pakai bagi pelajar berdaftar menggunakan kedua-dua kemasukan konvensional dan APEL.A;
- Penilaian pembelajaran yang dilakukan adalah termasuk pembelajaran yang diperoleh melalui Massive Open Online Courses (MOOC) atau mana-mana kaedah pembelajaran kendiri;
- PPT boleh melaksanakan APEL.C hanya selepas mendapat kelulusan MQA melalui permohonan APEL.C;
- APEL.C boleh dilaksanakan bagi semua bidang dan tahap kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Pelaksanaan APEL.C bagi tahap pascasiswazah adalah terhad kepada kursus dalam program secara kerja kursus dan mod campuran;
- APEL.C hanya boleh dilaksanakan bagi kursus dalam program yang sekurang-kurangnya telah mendapat Akreditasi Sementara; dan
- Kursus dalam program profesional boleh dipertimbangkan untuk APEL.C dengan kebenaran daripada badan profesional yang berkaitan. PPT bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan ini.
Secara umumnya, dasar penganugerahan kredit melalui APEL.C (daripada pengalaman non-formal dan informal) membenarkan pindah kredit maksimum sebanyak 60% daripada jumlah keseluruhan kredit bergraduat sesuatu program. Tambahan pindah kredit daripada pembelajaran formal termasuk micro-credential, had maksimum keseluruhan pindah kredit adalah maksimum 70% (rujuk Surat Makluman MQA Bil.6/2025 bertarikh 21 April 2025).