PERMOHONAN APEL.C OLEH PPT

  • PPT yang ingin menganugerahkan pindah kredit kepada pelajar yang mempunyai pengalaman di PPT masing masing perlu memohon untuk melaksanakan APEL C daripada MQA.
  • Permohonan APEL C adalah terbuka kepada semua PPT. PPT perlu menjalani bengkel Latihan APEL.C yang dianjurkan oleh MQA.
  • Sila muat turun dokumen permohonan seperti berikut:
  • Permohonan APEL C perlu dikemukakan bersekali dengan fi penilaian seperti jadual di bawah:
    Bil. Perkara RM Catatan Kaedah Bayaran
    1. Fi penilaian permohonan melaksanakan APEL.C RM15,000.00 Tempoh sah laku 5 tahun Pembayaran perlu dilaksanakan melalui JomPAY.
    Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:

    Biller code: 7369
    Nama Biller Code: APEL
    Reference 1: * ID JomPay PPT
    Reference 2: APEL.C

    *PPT boleh mendapatkan ID JomPay PPT dengan log masuk e-SP di https://www2.mqa.gov.my/esp/ dan rujuk menu Manual Pengguna ESP
    2. Fi penilaian pematuhan APEL.C bagi tujuan mengekalkan status kelulusan APEL.C RM15,000.00 Tempoh sah laku 5 tahun
  • Kelulusan yang diberikan adalah sah bagi tempoh 5 tahun dan perlu diperbaharui bagi melanjutkan pelaksanaan APEL C.