Borang Permohonan & Fi Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q
Permohonan adalah terbuka kepada semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang memenuhi prasyarat permohonan berikut:
- Program yang berkaitan telah mendapat Akreditasi Penuh;
- PPT telah mendapat kelulusan dan mematuhi semua syarat kelulusan pelaksanaan APEL.C (jika ada); DAN
- PPT perlu menjalani bengkel latihan APEL.Q yang dianjurkan oleh MQA.
PPT yang telah memenuhi prasyarat permohonan, boleh mengemukakan ke MQA:
- Dokumen permohonan (Sila muat turun Borang Permohonan dan Senarai Semak APEL.Q); BERSAMA
- Fi permohonan dan caj penilaian tambahan program (jika berkaitan) seperti berikut:
Bil. |
Perkara |
Jumlah (RM) |
Catatan |
1. |
Fi Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q |
15,000.00 |
- Termasuk satu program
- Tempoh sah laku 5 tahun
|
2. |
Caj penilaian tambahan program
- Tahap 3 (Sijil), Tahap 4 (Diploma) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan)
- Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda), Tahap 7 (Sarjana) dan Tahap 8 (Kedoktoran)
|
|
|
Fi dan caj perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf sahaja atas nama "Agensi Kelayakan Malaysia". Sila tulis nama PPT di belakang bank draf tersebut dan kepilkan bank draf bersama dokumen permohonan.
Rujuk pautan
Apa itu APEL.Q? dan klik pada
Penerbitan APEL.Q untuk maklumat pekeliling dan surat pekeliling berkaitan.
Carta Alir Proses Permohonan
Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q akan diproses seperti berikut: