Apa itu APEL.Q?
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan [APEL.Q] adalah proses penilaian pembelajaran (formal / tidak formal / bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.
Kebaikan APEL.Q:
- Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
- Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
- Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
- Mengurangkan kos dan masa untuk memperoleh kelayakan akademik.