Polisi Umum

  • Semua individu sama ada Warganegara atau Bukan Warganegara layak memohon sebagai calon pelajar tertakluk kepada keperluan minimum yang telah ditetapkan.
  • Permohonan calon: memenuhi keperluan minimum
  • Tahap MQF Kelayakan Tahun pengalaman kerja minimum dalam bidang berkaitan
    3 Sijil 5 tahun
    4 Diploma 10 tahun
    5 Diploma Lanjutan 12 tahun
    6 Ijazah Sarjana Muda 15 tahun
    7 Ijazah Sarjana 20 tahun
    8 Kedoktoran 25 tahun
    Catatan: Calon yang tidak memenuhi syarat keperluan minimum tetapi dengan pembelajaran pengalaman terdahulu yang luar biasa dapat dipertimbangkan berdasarkan case by case.
  • Penilaian pembelajaran pengalaman terdahulu - pengetahuan, kemahiran, kompetensi, kepakaran (formal, tidak formal & bukan formal)
  • Program yang telah mendapat Akreditasi Penuh
  • Penilaian: berasingan bagi setiap program [berasaskan hasil pembelajaran/kompetensi program]
  • Semua bidang pengajian & semua tahap kelayakan MQF kecuali bagi program 100% penyelidikan
  • Program Profesional - tertakluk kepada penerimaan oleh badan professional
  • Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang telah berjaya dalam penilaian pelaksanaan APEL.Q akan diiktiraf sebagai Pusat Penilaian APEL.Q dan diberikan perakuan akreditasi untuk tempoh sah laku 5 tahun.