Borang Permohonan & Fi Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q


Permohonan adalah terbuka kepada semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang memenuhi prasyarat permohonan berikut:
  1. Program yang berkaitan telah mendapat Akreditasi Penuh;
  2. PPT telah mendapat kelulusan dan mematuhi semua syarat kelulusan pelaksanaan APEL.C (jika ada); DAN
  3. PPT perlu menjalani bengkel latihan APEL.Q yang dianjurkan oleh MQA.

PPT yang telah memenuhi prasyarat permohonan, boleh mengemukakan permohonan kepada MQA:
  1. Permohonan secara dalam Sistem APEL.Q https://www4.mqa.gov.my/apelq/
    * Bagi tujuan log masuk ke sistem APEL.Q, Pentadbir e-MAS di PPT perlu mendaftarkan pengguna terlebih dahulu di dalam sistem APEL.Q.
  2. Fi permohonan dan caj penilaian tambahan program (jika berkaitan) seperti berikut:
    Bil. Perkara Jumlah (RM) Catatan
    1. Fi Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q 50,000
    • Termasuk satu program
    • Tempoh sah laku 5 tahun
    2. Caj penilaian tambahan program (bagi semua tahap program) 11,000
    • Per program

    Nota: Rujuk Surat Makluman MQA Bil.2/2026
    Fi permohonan dan caj lawatan perlu dibayar bersekali semasa permohonan dikemukakan. Caj lawatan adalah seperti berikut:

    Bil. Proses Jumlah (RM)
    1. Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q 4,000.00
    2. Caj Penilaian Tambahan Program APEL.Q 2,000.00

    * Rujuk pautan Apa itu APEL.Q? dan klik pada Penerbitan APEL.Q untuk maklumat pekeliling dan surat pekeliling berkaitan.
 

Carta Alir Proses Permohonan


Permohonan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q akan diproses seperti berikut: