Borang Permohonan & Fi Permohonan Pembaharuan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q
Bagi memastikan pelaksanaan APEL.Q berterusan dan berkualiti, MQA menetapkan proses dan fi pembaharuan seperti berikut:
- Pusat Penilaian APEL.Q mesti memohon Pembaharuan Akreditasi sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum tarikh tamat akreditasi.
- Jika permohonan lewat dikemukakan, ia boleh menjejaskan proses penilaian dan tempoh sah akreditasi serta kelulusan program.
- Penilaian pembaharuan akreditasi akan dibuat bersama pemantauan program.
- Hanya program yang tempoh kelulusannya lebih dua tahun perlu menghantar dokumen untuk pemantauan.
Pusat Penilaian APEL.Q yang telah mencapai tempoh pembaharuan Perakuan Akreditasi perlu mengemukakan permohonan pembaharuan kepada MQA:
- Dokumen permohonan
- Fi permohonan dan caj pemantauan program seperti berikut:
| Bil. |
Perkara |
Jumlah (RM) |
Catatan |
| i. |
Fi Permohonan Pembaharuan Perakuan Akreditasi Pusat Penilaian APEL.Q |
50,000 |
|
| ii. |
Caj Pemantauan Program APEL.Q |
11,000 |
|
Pembayaran perlu dilaksanakan melalui JomPAY.
Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:
Biller code: 7369
Nama Biller Code: APEL
Reference 1: * ID JomPay PPT
Reference 2: APEL.Q
*PPT boleh mendapatkan ID JomPay PPT dengan log masuk e-SP di https://www2.mqa.gov.my/esp/ dan rujuk menu Manual Pengguna ESP
Rujuk Penerbitan APEL.Q untuk maklumat pekeliling dan surat pekeliling berkaitan.