|
Dasar Privasi ini menerangkan penggunaan dan
perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web
Agensi Kelayakan Malaysia di
www.mqa.gov.my.
Keselamatan Data
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi
dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari
www.mqa.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui
e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.
Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian
Pengajian Tinggi yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan
yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan
atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Pautan
Walaupun www.mqa.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi lain,
dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi
setiap laman web agensi lain yang dilayari.
CookiesPada
masa ini, Cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun ianya mungkin akan
digunakan pada masa akan datang.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Pertanyaan atau Aduan
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www.mqa.gov.my
bolehlah menghubungi kami melalui akreditasi[at]mqa.gov.my
atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.
Maklumbalas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.
|