|
1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN |
|
|
|
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik MQA berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan. |
|
2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI) |
|
|
|
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa. |
|
3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) |
|
|
|
Pemohon hendaklah terdiri daripada kewarganegaraan Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan. |
|
4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN |
|
1. |
|
Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my/jobsmqa.
|
|
2. |
|
Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
|
|
3. |
|
Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
|
|
4. |
|
Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
|
|
5.
|
|
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
|
|
6. |
|
Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
|
|
7. |
|
Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:
i) pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon. 03-8688 3620/3679/3714
Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
ii) pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalamĀ mengisi borang permohonan
03-8688 1912 Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat
|
|
8. |
|
Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Februari 2023 (Selasa) jam 4.00 petang.
|
|
5. CATATAN AM |
|
1. |
|
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
|
|
2. |
|
Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.
|
|
3. |
|
Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.
|
|
4. |
|
Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.
|
|
5. |
|
Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.
|
|
6. |
|
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hanya beroperasi di Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.
|
|
|
|
|
|