Glosari
Kerangka Kelayakan Malaysia:
huraian atau deskripsi sistem pendidikan kebangsaan, yang difahami di
peringkat antarabangsa, yang menjelaskan semua kelayakan dan
pencapaian akademik dalam pendidikan tinggi (pasca sekolah) dan
menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan ini secara bermakna.
Hasil Pembelajaran: pernyataan tentang perkara yang pelajar
dikehendaki tahu, faham dan boleh lakukan setelah selesai suatu tempoh
pengajian.
Kredit: ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran
atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.
Beban Pembelajaran: ukuran kuantitatif semua aktiviti
pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran.
Tahap Kelayakan: merupakan peringkat anugerah yang dihuraikan
dengan hasil-hasil generik atau penghurai kelayakan yang mencirikan
kelayakan tipikal.
Profil: subjek khusus atau bidang pengajian sesuatu kelayakan
atau ciri-ciri yang berbeza dalam kelompok kelayakan pelbagai bidang
yang mempunyai penekanan atau tahap yang serupa.
Kelayakan: sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh
pemberi pendidikan tinggi atau pihak yang diberi kuasa menganugerahi
kelayakan dan mengesah hasil pembelajaran yang telah dicapai.
Penghurai Kelayakan: pernyataan generik yang menjelaskan hasil
pembelajaran utama bagi kelayakan-kelayakan pada tahap tertentu.
Titik Rujukan: penunjuk tidak preskriptif yang menjelaskan
hubung kait antara kelayakan, hasil pembelajaran dan/atau konsep lain
yang berkaitan untuk membolehkan individu maju dari satu kelayakan ke
kelayakan yang lain.
Pengakreditan Pengalaman-Pembelajaran Terkumpul: proses
pengesahan ke atas pencapaian satu set hasil pembelajaran individu
yang dicapai melalui pembelajaran formal, tidak formal atau informal,
tanpa mengira masa dan tempat.
Pemberi Pendidikan Tinggi: sesuatu pertubuhan perbadanan,
organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program
pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang
membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang
menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pemberi
pendidikan tinggi awam atau swasta, badan peperiksaan atau pensijilan
atau wakil cawangannya.
|