Seksyen 81 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679)
memperuntukkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Agency, MQA) mengadakan dan menyenggarakan satu daftar kebangsaan
iaitu Daftar Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Register
(MQR) yang mengandungi kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi
pendidikan tinggi dan diakredit di bawah Akta tersebut.
MQR merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan
tinggi yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh pemberi
pendidikan tinggi samada dari dalam atau luar negara. Program atau
kelayakan ini hendaklah selaras dengan
Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan termasuk semua peringkat
iaitu sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah atau yang setaraf
dengannya.
Tujuan
MQR bertujuan untuk:
(i) menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program
yang telah diakreditkan;
(ii) membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta
membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan
hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain;
(iii) memudahkan proses pemindahan kredit.
Kandungan MQR
Pada masa sekarang, maklumat yang terdapat dalam MQR adalah seperti
berikut:
(i) nama dan alamat institusi pendidikan tinggi (IPT)
(ii) nombor rujukan kelayakan
(iii) nama kelayakan
(iv) bidang kelayakan
(v) tempoh sah laku
(vi) tahap kelayakan dan
(vii) jam kredit bergraduat.
Maklumat tambahan seperti penyataan hasil pembelajaran program, syarat
kelayakan masuk dan sebagainya akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
MQR adalah antara perkara utama dalam MQF. Peranannya adalah sangat
penting khususnya dalam memastikan setiap kelayakan pendidikan tinggi
yang mencapai tahap akreditasi didaftarkan dalamnya dan menjadi
rujukan yang lengkap oleh semua pihak yang memerlukannya. Pemberi
pendidikan tinggi samada dari dalam atau luar negara boleh memohon
untuk mendaftarkan sesuatu kelayakan pengajian tinggi yang
dianugerahkannya dalam MQR, dengan syarat ianya memenuhi standard dan
kriteria yang ditetapkan dan diakreditkan.
MQR juga akan memaparkan jam kredit bagi setiap kelayakan atau program
yang diakredit yang bertujuan memudahkan proses pemindahan kredit
iaitu daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
Maklumat dalam MQR juga boleh digunakan untuk mengeluarkan perakuan
atau pernyataan yang jelas tentang sesuatu kelayakan yang telah
didaftarkan. Pihak yang berkepentingan termasuk masyarakat umum boleh
merujuk kepada MQR untuk mendapatkan pengesahan mengenai status
sesuatu kelayakan. Cabutan daripada Daftar Kelayakan ini boleh
dikeluarkan tertakluk kepada permintaan pihak berkenaan.
Nota:
·Berdasarkan
Surat Pekeliling
MQA Bil 1/2010 bertarikh 16 Mac 2010,
semua program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT)
perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF) mulai 1 Januari 2011.
Sehubungan dengan itu, semua IPT yang ingin menawarkan program
ijazah sarjana muda perlu mematuhi keperluan minimum 120 jam kredit
yang ditetapkan oleh MQF. Bagi IPT yang telah menawarkan program ijazah
sarjana muda dengan jumlah jam kredit kurang daripada 120 sebelum
pekeliling ini dikeluarkan, IPT diberi tempoh transisi bermula 16
Mac 2010 untuk
menambahbaik kurikulum dan memastikan jumlah jam kredit adalah
memenuhi keperluan minimum kredit bergraduat (contohnya 120 kredit
bagi kelayakan tahap 6) mulai 1 Januari 2011. Dalam tempoh transisi
ini, terdapat pelajar yang baru mendaftar atau sedang mengikuti
pengajian yang menawarkan kelayakan kurang daripada tahap minimum
kredit bergraduat MQF. Kerana itu, pelajar-pelajar ini telah
bergraduat dengan jam kredit kurang daripada 120 kredit bagi tahap
6. MQA menjangkakan hanya batch pelajar yang bergraduat pada tahun
2014 sahaja yang memenuhi sepenuhnya keperluan kredit minimum
bergraduat MQF.
footer
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.
?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan
Malaysia, MQA -