Semua program yang diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Sebelum 1 Januari 2017, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh dirujuk melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). http://www2.mqa.gov.my/esisraf.
Bermula 1 Januari 2017, rujukan boleh dibuat di Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).
Pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi dengan menyemak dan mencetak dari eSisraf: http://www2.mqa.gov.my/esisraf atau MQR: http://www2.mqa.gov.my/mqr.
Mulai 1 Januari 2017, program yang mendapat akreditasi penuh MQA akan disyorkan nilai taraf Perkhidmatan Awam berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam Skim-skim Perkhidmatan Awam.
Pernyataan nilai taraf ini boleh digunakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi tujuan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam.
Pernyataan berhubung nilai taraf Perkhidmatan Awam ini boleh didapati dengan menyemak maklumat program yang berkaitan.
Kategori Nilai Taraf Perkhidmatan Awam:
Setakat ini, syarat lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam menggunakan kelayakan berikut:
Peringkat Sijil
Peringkat Diploma
Peringkat Diploma Lanjutan
Peringkat Ijazah Sarjana Muda
*Bagi program-program tersebut, pernyataan nilai taraf Perkhidmatan Awam akan dinyatakan.
Kelayakan berikut bukan merupakan syarat lantikan pertama dalam Perkhidmatan Awam dan TIADA KEPERLUAN untuk diberi nilai taraf:
Peringkat Program Asas
Peringkat Sijil/ Diploma Siswazah
Peringkat Sijil/ Diploma Pascasiswazah
Peringkat Ijazah Sarjana
Peringkat Ijazah Kedoktoran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengiktirafan kelayakan, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:
Telefon : +03-86881947 / +03-86881953 / +03-86881965
E-mel : esisraf@mqa.gov.my
footer
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.
?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan
Malaysia, MQA -