Program yang ditandakan dengan warna hijau adalah program yang telah dinilai/diiktiraf/diakredit oleh badan professional.
Semua kelayakan yang didaftarkan dalam MQR adalah tertakluk kepada pemantauan oleh MQA yang dijalankan dari semasa ke
semasa untuk memastikan program tersebut memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan dan ia adalah selaras dengan
Kerangka Kelayakan Malaysia.
STATUS AKREDITASI PROGRAM PASCA IJAZAH UNIVERSITI AWAM SEBELUM TAHUN 2013.
Untuk makluman, Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register (MQR)) mula mendaftarkan program pasca ijazah Universiti Awam di Malaysia (Ijazah Sarjana, Tahap 7 dan Ijazah Kedoktoran, Tahap 8 Kerangka Kelayakan Malaysia pada tahun 2013. Ini kerana perlaksanaan audit bagi program ini mula dijalankan pada tahun 2013.
Sebelum pendaftaran tersebut dibuat, program tersebut dijalankan berdasarkan peraturan dan keperluan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap telah memenuhi semua kualiti dan standard yang ditetapkan.
Data dan maklumat yang dikemaskini dalam MQR adalah sehingga 04 Disember 2024. Jumlah program mendapat Perakuan Akreditasi
terkini adalah sebanyak 1420.