Header
 

Salinan Cetakan Akreditasi

‘Salinan Cetakan Akreditasi MQA’ seperti yang dikehendaki UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merujuk kepada maklumat kelayakan yang telah diperoleh serta akan digunakan sebagai syarat dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.

Bagi mendapatkan salinan cetakan Akreditasi MQA tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Taip kata kunci yang bersesuaian di ruangan 'Nama Kelayakan' serta ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh) pada enjin carian yang disediakan seperti contoh di bawah;

  2. Klik pada ikon ‘Papar’ untuk program yang dikehendaki; dan

  3. Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).

Arahan pada ‘Panduan’ yang disediakan di portal MQR juga boleh membantu anda dalam urusan carian dan semakan status akreditasi program yang dikehendaki.

Nota: Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik - Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.

Pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan cetakan akreditasi ini.

   
footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
daripada laman web ini.
  

?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan Malaysia, MQA -