• Mulai tahun 2007, perakuan akreditasi MQA tidak mempunyai tarikh tamat kecuali kelayakan profesional yang mempunyai tempoh akreditasi 1-5 tahun. Ia bersifat berterusan bermula dari tarikh kelayakan tersebut diakredit tetapi tertakluk kepada audit pematuhan program secara berkala. Sekiranya sesuatu kelayakan dibatalkan akreditasi, maka tarikh pembatalan akreditasi akan dinyatakan. Bagaimanapun, kelayakan yang diakredit semasa era Lembaga Akreditasi Negara (LAN) mempunyai tempoh sah laku akreditasi selama 5 tahun dan turut dikekalkan dalam portal ini sebagai rujukan bagi graduan yang bergraduat dalam tempoh yang tersebut.
• Pengesahan status akreditasi program tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Cetakan ini adalah memadai untuk sebarang urusan.
|