Syarat Permohonan bagi Kemasukan ke Peringkat Sijil (APEL T-3) / Diploma (APEL T-4) / Diploma Lanjutan (APEL T-5) / Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara;

    dan

  • Berumur sekurang-kurangnya 19 tahun pada tahun permohonan dibuat bagi kemasukan ke program peringkat Sijil (APEL T-3); atau

    Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun pada tahun permohonan dibuat bagi kemasukan ke program peringkat Diploma (APEL T-4) dan Diploma Lanjutan (APEL T-5); atau

    Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tahun permohonan dibuat bagi kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);

    dan

  • Mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian.
 
 
CAJ PENILAIAN UNTUK WARGANEGARA
Tahap Jumlah
(Terpakai bagi permohonan sehingga 31 Disember 2023)
Jumlah
(Terpakai bagi permohonan mulai 1 Januari 2024)
SIJIL & DIPLOMA RM 155.00 RM 240.00
DIPLOMA LANJUTAN RM 240.00 RM 240.00
IJAZAH SARJANA MUDA RM 250.00 RM 370.00
DIPLOMA SISWAZAH DAN SIJIL SISWAZAH RM 370.00 RM 370.00
Nota: Caj penilaian APEL.A perlu dibayar kepada Pusat Penilaian APEL (PPA) yang dipilih oleh pemohon.

CAJ PENILAIAN UNTUK BUKAN WARGANEGARA
Tahap Jumlah
(Terpakai bagi permohonan sehingga 31 Disember 2023)
Jumlah
(Terpakai bagi permohonan mulai 2 Januari 2025)
SIJIL & DIPLOMA Tidak Berkaitan USD 240
DIPLOMA LANJUTAN - USD 240
IJAZAH SARJANA MUDA USD 500 USD 370
DIPLOMA SISWAZAH DAN SIJIL SISWAZAH - USD 370
Nota: Caj penilaian APEL.A perlu dibayar kepada Pusat Penilaian APEL (PPA) yang dipilih oleh pemohon.
 
Komponen Penilaian
Peringkat Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Diploma Lanjutan (APEL T-5) dan
Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah Dan Sijil Siswazah (APEL T-6)
Ujian Aptitud (APEL T-3) Portfolio
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat UPSR dan PMR (Gred /Tahun 9) atau setara.
  • Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam GGP APEL.A & APEL.M melalui pautan seperti berikut: Link format Portfolio Sijil
Ujian Aptitud (APEL T-4 dan APEL T-5) Portfolio
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat PMR (Gred /Tahun 9) atau setara.
  • Pemohon perlu menyediakan portfolio berdasarkan format di dalam GGP APEL.A & APEL.M melalui pautan seperti berikut: Link format Portfolio Diploma
Ujian Aptitud (APEL T-6) Portfolio
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis).
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan.
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat SPM (Gred /Tahun 11) atau setara.

Bagi pemohon bukan warganegara:
  • Komponen Bahasa Melayu tidak akan diuji. Bilangan soalan yang tidak diuji di bawah komponen Bahasa Melayu akan ditambah ke dalam komponen Bahasa Inggeris.
  • Bagi komponen Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis, bahagian mengenai isu semasa akan memberi tumpuan kepada isu dalam konteks global.