
| Bil. | Soalan | Jawapan |
| 1. | Apakah tujuan APEL.A? | APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit. APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. |
| 2. | Bagaimana hendak memohon APEL? | Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/ |
| 3. | Apakah kriteria permohonan APEL.A? | Sila rujuk syarat permohonan di pautan seperti berikut: |
| 4. | Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL.A? |
Buat masa ini, penilaian APEL.A di Malaysia adalah bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk ENAM peringkat kemasukan iaitu:
|
| 5. | Adakah sijil APEL.A setara dengan sijil program akademik di PPT? | Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan. Contohnya: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT. |
| 6. | Apakah program pengajian yang menawarkan syarat kemasukan menggunakan APEL.A? |
Secara umumnya, Sijil APEL.A boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT dalam mana-mana bidang yang ingin dimohon.
Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7). Bagi permohonan peringkat Kedoktoran (APEL T-8), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 8). Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut. |
| 7. | Apakah mod pengajian yang dibenarkan kepada calon yang lulus penilaian APEL.A? |
Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa.
Bagi sijil APEL.A peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7) dan Kedoktoran (APEL T-8), mod penawaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:
|
| 8. | Adakah ujian penilaian APEL.A dikenakan bayaran? Apakah kaedah pembayaran penilaian APEL.A? |
Caj penilaian APEL.A dan kaedah pembayaran mengikut tahap boleh didapati di pautan seperti berikut: |
| 9. | Apakah proses yang perlu dilalui oleh calon APEL.A? |
Calon boleh merujuk kepada Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) dan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk Micro-Credentials (APEL.M) [(GGP: APEL.A dan APEL.M)] di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf
|
| 10. | Berapakah tempoh proses penilaian APEL.A sehingga calon yang berjaya menerima sijil? |
* Catatan: Walau bagaimanapun, sebarang tempoh penilaian APEL adalah bergantung kepada individu. Tempoh yang dinyatakan adalah bagi calon yang menduduki penilaian APEL tanpa ulangan. Sekiranya calon gagal dan perlu mengulang, tempoh penilaian akan lebih panjang. |
| 11. | Apakah komponen penilaian yang perlu dilalui oleh seorang calon APEL.A? |
Komponen Penilaian setiap tahap APEL.A boleh didapati di pautan seperti berikut:
Skop Ujian Aptitud, format penyediaan portfolio, format penyediaan Research Intent dan Temu duga boleh didapati di dalam Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) dan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk Micro-Credentials (APEL.M) [(GGP: APEL.A dan APEL.M)] melalui pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf
|
| 12. | Apakah Pusat Penilaian APEL (PPA) dan tanggungjawab PPA? |
PPA adalah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A.
PPA dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
|
| 13. | Adakah calon yang menjalani penilaian APEL.A di PPA hanya boleh melanjutkan pengajian di PPA tersebut sahaja? | Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuPPA.cfm |
| 14. | Saya telah memohon APEL.A melalui laman web MQA dan memilih PPA untuk penilaian.A, apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan? | Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh system selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut. |
| 15. | Adakah sijil APEL mempunyai tempoh sah laku? |
Tempoh sah laku Sijil APEL.A adalah selama 5 TAHUN daripada tarikh makluman keputusan rasmi kepada calon oleh MQA. Sila rujuk pemakluman di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/img/Makluman/TempohSahLakuSijilAPEL.A.png
|
| 16. | Adakah calon APEL yang belum lulus penilaian APEL.A boleh mendaftar dan melanjutkan pengajian di PPT? | Calon hanya boleh mendaftar atau melanjutkan pengajian di PPT selepas lulus penilaian APEL.A daripada Pusat Penilaian APEL yang dilantik oleh MQA dan menerima keputusan rasmi daripada MQA. |