Senarai Badan Profesional yang Menerima Kemasukan Pelajar Melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning)

Sepertimana yang telah digariskan di dalam buku Guidelines to Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning perkara 4.1 Kriteria Kemasukan menyatakan bahawa 'Bagi program profesional, keperluan kemasukan mesti mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan'. MQA telah mendapatkan maklum balas daripada badan profesional mengenai perkara ini.

Berikut disenaraikan maklumat badan profesional yang membenarkan kemasukan pelajar ke program di bawah badan profesional melalui APEL.A.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut diperlukan, sila berhubung terus dengan badan profesional berkaitan.
 
 
Bil. Nama Badan Profesional Tahap APEL.A yang Boleh Memohon ke Program di Bawah Badan Profesional Syarat Tambahan No. Rujukan & Tarikh Surat Badan Profesional Pautan Laman Sesawang
1. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) APEL.A Tahap 3 (Sijil)
APEL.A Tahap 4 (Diploma)
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
Mematuhi syarat minimum seperti yang digariskan di dalam TTAC Manual 2019.

TTAC Manual 2019 boleh didapati di laman sesawang MBOT melalui pautan https://www.mbot.org.my/.
MBOT.600-8/1/3 (3)
15 November 2019
https://www.mbot.org.my/
2. Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) APEL.A Tahap 4 (Diploma)
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
Calon yang memohon untuk kemasukan ke program Kejuruteraan melalui APEL.A mestilah menunjukkan pencapaian yang sesuai dalam kelayakan Matematik dan Sains Fizikal melalui bridging module yang sesuai. BEM/GOV (EAC) Jld. 5 (1)
16 Mac 2020
http://bem.org.my/
3. Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LBPM) APEL.A Tahap 4 (Diploma)
  • Lulus penilaian APEL.A MQA (ujian aptitud & penilaian portfolio);
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan;
  • Pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
  • Lulus temu duga peringkat fakulti.
LBPM/008
4 September 2020
https://www.lpbm.gov.my/
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
  • Memenuhi Syarat Am Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) ATAU lulus penilaian APEL.A MQA;
  • Lulus Bahasa Inggeris dalam SPM atau yang setara;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa; dan
  • Tidak rabun warna.
4. Lembaga Kelayakan Profesional Undang-Undang, Malaysia Legal Profession Qualifying Board, Malaysia (LPQB) APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda) Syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga bagi pelajar matang (mature student) untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) sebagaimana yang dinyatakan dalam New Guidelines on Qualifications and Requirements to Qualify to Sit for The Malaysian Certificate in Legal Practice (CLP) Examination (for Law Degrees from the United Kingdom)(UK Guidelines) dan Guidelines for Recognition of Australian and New Zealand Law Degrees (ANZ Guidelines) yang dibaca bersama Clarifications on specific areas in the New Guidelines adalah seperti yang berikut:

"Mature student entry
  • IN LIMITED CASES, mature student may be admitted to pursue a law degree;
  • Such student shall have a minimum of 5 credits at SPM level or its equivalent; AND
  • Such student shall possess a minimum of 5 years proven working experience in the related field; AND
  • Such student must be declared as suitable and proficient to follow the law programme by a special panel comprising of officials of the admitting UK university in concurrence with the Qualifying Board. (The Qualifying Board must be informed in writing of the student's background and qualifications and reasons for accepting such a student for it to give such approval to such offer)."

Seseorang yang memohon untuk menduduki PSAG, termasuk pelajar matang (mature student), hendaklah mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dalam UK Guidelines dan ANZ Guidelines dan dalam syarat-syarat kemasukan PSAG yang ditetapkan setiap tahun bagi setiap PSAG.
LKPU.100-2/8/J3(102)/(23-367)
12 Oktober 2023
https://www.lpqb.org.my/
5. Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) APEL.A Tahap 4 (Diploma)

APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)

Bagi Perubatan Tradisional Melayu sahaja.
Lulus penilaian APEL.A (komponen ujian aptitud dan portfolio) bagi tahap yang berkaitan. E-mel bertarikh 2 April 2024. https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/
6. Lembaga Jurukur Tanah Malaysia APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
  • Mempunyai pencapaian dan kelayakan dalam Matematik dan Sains Fizikal atau perlu melalui bridging module yang dikendalikan oleh pihak PPT dalam memenuhi keperluan tersebut.
  • Mempunyai lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang Ukur dan Geomatik yang disahkan oleh majikan atau pihak berautoriti; dan
  • Menghadiri temu duga oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) bagi menilai pengalaman kerja dan membawa bersama dokumen asal (original).

    Sila klik sini untuk carta alir prosedur sesi temu duga dengan LJT.
    LJT SULIT 93 /APEL/(8)
    14 Mei 2024
    LJT SULIT 93 / APEL / (10)
    13 Ogos 2024
    LJT SULIT 93 / APEL / (34)
    20 Januari 2026
http://www.ljt.org.my/