Portal APEL.M
 
 
 
 
 
 
 

Apa itu APEL.M?

  1. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Micro-Credentials (Accreditation of Prior Experiential Learning for Micro-credentials, APEL.M) bertujuan menyediakan laluan alternatif kepada pelajar tanpa kelayakan formal untuk memenuhi keperluan akademik melalui APEL.M. Melalui pendekatan ini, pelajar boleh mengumpul micro-credentials daripada kursus yang diikuti secara berasingan tanpa keperluan kelayakan masuk formal, selaras dengan Garis Panduan Amalan Baik: Micro-credentials (2020).
  2. Inisiatif ini menyokong pembelajaran sepanjang hayat dengan membolehkan pelajar mencapai penganugerahan kelayakan akademik pada masa hadapan. Dasar dan instrumen APEL.M yang dibangunkan oleh MQA menjadi panduan utama pelaksanaannya.

Kebaikan APEL.M:
  1. Untuk Pelajar:
    1. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
    2. Akses kepada kelayakan lebih tinggi.
    3. Fleksibiliti dalam laluan akademik.
    4. Pembangunan portfolio profesional.
    5. Peningkatan keyakinan diri.
    6. Peningkatan kebolehpasaran.
    7. Penjimatan masa dan kos.
  2. Untuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT):
    1. Membudayakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran.
    2. Menyokong perkembangan kurikulum.
    3. Menarik minat pelajar bukan aliran program konvensional.
  3. Untuk Majikan:
    1. Meningkatkan motivasi pekerja.
    2. Penjimatan masa latihan.
    3. Penghasilan idea baru di tempat kerja.
    4. Pengurangan kos perekrutan dan latihan.
  4. Untuk Negara:
    1. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
    2. Peningkatan produktiviti.
    3. Meningkatkan daya saing negara.
    4. Mendapat pengiktirafan global.
    5. Penyelesaian pendidikan yang berpusatkan individu.