Micro-credentials secara amnya adalah suatu kursus atau pakej pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi spesifik individu dalam pelbagai bidang dan lazimnya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian.

Penawaran Micro-credentials memberi peluang terutamanya kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik yang disyaratkan oleh majikan dan industri dalam tempoh yang singkat. Ia bertujuan untuk memastikan kekinian ilmu serta menutup jurang kemahiran (skills gap) yang disebabkan oleh kepesatan perkembangan pengetahuan dan teknologi masa kini.

Portal ini akan memberikan maklumat-maklumat terkini berkenaan inisiatif kualiti Micro-credentials yang dipelopori MQA, bagi memperkukuhkan usaha Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Dua Klasifikasi
Micro-credentials

Micro-credentials yang dibangunkan dan dilaksanakan berdasarkan pecah kecil (unbundle) pakej program yang telah mendapat akreditasi MQA; dan

Micro-credentials yang dibangunkan dan dilaksanakan secara stand-alone.


BERITA