JENIS-JENIS DOKUMEN JAMINAN KUALITI


Salah satu daripada fungsi MQA ialah mengakredit program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi (PPT) [Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007, (Akta 679)].

Selaras dengan ini, MQA telah membangun dan mengkaji dokumen jaminan kualiti iaitu Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA), Kod Amalan Audit Institusi (COPIA), standard, standard program (SP) dan garis panduan amalan baik (GGP).

Antara lain, pembangunan dokumen melibatkan input daripada pakar bidang dan pihak berkepentingan MQA selain tanda aras kepada amalan baik antarabangsa.


Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) merupakan instrumen yang mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa. MQF menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar.


Kod amalan merupakan panduan kepada semua pihak berkepentingan tentang tujuh bidang penilaian bagi tujuan jaminan kualiti.


Dokumen standard menetapkan garis panduan umum berkenaan sesuatu tahap kelayakan berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).



Kriteria yang ditentukan berdasarkan tahap minimum yang perlu dicapai oleh PPT untuk memastikan program akademik sesuatu bidang itu boleh disampaikan secara berkesan. Standard Program merangkumi kesemua tahap kelayakan MQF; dari sijil hingga ijazah kedoktoran.


Dokumen ini adalah sebahagian daripada siri garis panduan yang dibangunkan untuk membantu PPT melaksanakan amalan dan standard yang terkandung dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA).


Lain-lain Dokumen